Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak rayuan tertuduh atas dakwaan merogol seorang wanita dua tahun lalu.<br /><br />Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani mengekalkan hukuman dan sabitan kesalahan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.